Peak cap
Peak cap

Peak cap

Peak cap, kep berpelindung, topi khidmat, topi visor atau topi pegawai ialah sejenis pakaian kepala yang dipakai oleh anggota angkatan tentera kebanyakan negara, serta banyak organisasi awam beruniform seperti agensi penguatkuasaan undang-undang dan jabatan bomba. Ia memperoleh nama daripada visor pendeknya, atau peak (birai), yang mengikut sejarah diperbuat dari kulit yang digilap tetapi kini semakin banyak diperbuat dari pengganti sintetik yang lebih murah.Istilah forage cap juga digunakan walaupun ia juga terpakai pada "field service cap" atau topi lipat.Komponen utama yang lain adalah crown (mercu), band (gegelung) dan insignia, biasanya lencana topi dan sulaman yang mengikut pangkat. Piping juga sering dibuat, lazimnya berlawanan dengan warna crown, biasanya warna putih untuk tentera laut, biru untuk tentera udara dan hijau untuk tentera darat. Band selalunya berwarna gelap, kontras, selalunya hitam, tetapi mungkin bercorak atau berjalur.Dalam Tentera Darat British, setiap rejimen dan kor mempunyai lencana yang berbeza. Dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, lencana topi adalah seragam di seluruh cabang perkhidmatan, walaupun varian berbeza digunakan oleh kelas pangkat yang berlainan.